• FREE SHIPPING FOR ORDER OVER RM69 ! [SEMENANJUNG MALAYSIA]
icon-search
icon-search

SQUADRON OFFICIAL ANNOUNCEMENT !

Pertama sekali kami memohon maaf kepada sebahagian daripada anda kerana kami tidak dapat membalas semua Whatsapp anda kerana jumlah whatsapp yang masuk melebihi 500+ orang dan untuk mempercepatkan lagi pemberitahuan maklumat, kami mengambil langkah untuk membuat pengumuman rasmi di sini.


Seperti yang sedia maklum (sebahagian yang telah kami Whatsapp), kami sedang menghadapi isu diluar kawalan berkenaan mesin pengeluaran produk kami. Dan kami telah mengambil langkah untuk menambah mesin yang baru untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.


Tetapi malangnya terdapat isu yang lain berlaku kepada mesin baru tersebut dan pihak pembekal sedang menyelesaikan isu ini. Jadi, di sini kami ingin memohon maaf kerana hal ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan proses penyiapan untuk custom order terpaksa ditunda dari tarikh yang telah ditetapkan bersama.


Dan di sini juga kami telah menetapkan jadual dan cara penyelesaian terkini :

Tarikh Tempahan Dijangka Siap (Sebelum ini) : 20/2 - 8/3

Tarikh Tempahan Dijangka Siap (TERKINI) : 10/3 - 19/3


Dan sekiranya kami masih tidak dapat menyelesaikan isu ini pada Tarikh Tempahan Dijangka Siap (TERKINI), pihak kami akan terus menjalankan proses refund kepada anda dengan kadar segera.


Terima kasih.


Your cart is currently empty.
Continue shopping